Monday, 22 October 2018

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL 2)



Tema 3: TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP


Standard Kandungan : 9.4 Hubungkait jenis permukaan objek dengan penyerapan dan pembebasan haba

Standard Pembelajaran : 9.4.3 Mengkonsepkan dan mereka bentuk menggunakan konsep haba dalam kehidupan seharian.



Tugasan : Masalah utama dihadapi penduduk di negara beriklim tropika (Malaysia) adalah suhu yang tinggi, pancaran terik dan silau sinaran matahari di samping kadar kelembapan tinggi. Masalah ini semakin buruk ditambah suhu dikeluarkan oleh badan manusia sendiri.
               Anda dan kumpulan anda diminta mereka bentuk sebuah rumah yang berkonsep kecekapan penggunaan tenaga, air, tapak pembinaan yang lestari, bahan binaan, inovasi dan sebagainya.
              Rekabentuk satu rumah kediaman Hijau di mana penggunaan tenaga dapat dikurangkan bagi penyejukan rumah atau sebaliknya. Murid boleh membuat rekabentuk atau inovasi dalam konteks Malaysia.

Tempoh pelaksanaan : 3 minggu







































Tuesday, 9 October 2018

Perasmian Minggu Sains Sekolah




Video ni dah lama... tak ingat tahun bila. Aku conduct bahagian perasmian sempena Minggu Sains dan Matematik Sekolah. Selepas beberapa hari ajar murid dari kelas belakang buat roket dan berlatih Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya berjalan lancar... Jom tengok !!

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL 2) Tema 3: TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP Standard Kandungan : 9.4 Hubungkait jenis permukaan ob...